PENGENALAN

Assalamualaikum, nama saya ialah Siti Shuhada Nasuha binti Rosli. Nama panggilan saya ialah Nasuha. Saya tinggal bersama keluarga tercinta saya di Kota Bharu, Kelantan. Saya lahir pada 13 Februari 2004 di Hospital Putrajaya. Saya merupakan anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Saya mempunyai 2 orang kakak dan 2 orang adik lelaki. Saya menyambung pengajian di Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota dalam jurusan Akaun. Saya mengambil SPM pada tahun 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. Hobi saya ialah mendengar lagu dan menyanyi. Cita cita ialah saya ingin menjadi seorang akauntan. Saya ingin meneruskan pengajian sehingga mendapat sijil ACCA.


POSTER




SLIDE



Black Doodle Group Project Presentation by sitishuhadanasuha

VIDEO








REFLEKSI


Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Madam Nor Shariha binti Abdul Yazid kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya dalam subjek Kesihatan dan Kecergasan (KQK 1051) pada semester 2 ini.

Tugasan pertama yang saya terima ialah tugasan poster dan slaid. Pelajar diberikan kebebasan memilih tajuk namun ianya mestilah bersesuaian dengan konsep dan nama subjek ini iaitu Kesihatan dan Kecergasan. Oleh itu, saya telah memilih tajuk " BAHAYA COVID 19". Saya telah menyediakan poster dan slaid dengan jayanya. Tujuan dan sebab saya memilih tajuk ini adalah untuk memberi kesedaran tentang bahayanya Covid 19 jika tidak diambil serius dan dianggap sebagai penyakit biasa. Selain itu, Covid 19 ini juga merupakan penyakit atau virus baharu yang wujud pada tahun 2020 dan ianya semakin popular di negara kita kerana kes Covid 19 yang semakin meningkat.

Tugasan pertama ini diberikan tempoh masa untuk disiapkan selama 3 minggu iaitu bermula minggu yang ke 3,4 dan 5. Manakala, minggu yang ke 6,7 dan 8 pula ialah minggu pembentangan poster dan slaid. Pembentangan ini mengikut giliran kelas masing-masing iaitu bermula dengan kelas DIA 2A, DIA 2B dan DIA 2C.

Tugasan kedua pula ialah merakam video aerodance secara berkumpulan. Jumlah ahli dalam setiap kumpulan ialah sebanyak 7-8 orang. Kumpulan saya terdiri daripada 7 orang ahli iaitu rakan sekelas saya sendiri. Syarat video mestilah 5-8 minit. Tugasan ini diberikan tempoh selama 2 minggu iaitu bermula minggu ke 9 dan 10. Tugasan ini telah banyak memberi impak positif kerana ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim selain daripada dapat meningkatkan kecergasan badan.

Akhir kata, saya ingin meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana diberi kesempatan dan peluang untuk menjayakan tugasan ini. Tugasan-tugasan ini dapat menambah pengalaman baharu saya. Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada Madam Nor Shariha binti Abdul Yazid dan juga rakan-rakan sekumpulan saya yang turut berkerjasama dalam menjayakan tugasan aerodance.

Comments